Tahun 2022 dimulai dengan pembukaan outlet ketiga Kafe Richiamo di bawah Projek Keusahawanan Sosial, Unit Perkhidmatan OKU UITM - Richiamo Coffee Sdn Bhd.
.
MoU sudah dimeterai pada Feb 2021, dan MoA sudah mendapat kelulusan daripada pihak atasan UITM:
.
.
Sehingga kini, 5 OKU telah diambil bekerja (2 OKU Pembelajaran dan 3 OKU Fizikal) di ketiga-tiga outlet ini. Dan jumlah akan bertambah dari masa ke semasa InsyaaAllah.
.
Ini adalah hasil kerja keras semua warga Unit Perkhidmatan OKU UiTM yang sentiasa tunduk mengakar perjuangan Cakna OKU.
.
Serta tidak dilupa kesungguhan dan sokongan berterusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM yang Prihatin dalam agenda pemerkasaan dan pemberdayaan OKU.
.
