Siapakah yang layak untuk menerima manfaat Tabung Cakna OKU UiTM?
Berikut adalah Syarat Umum dan Syarat Khas manfaat bantuan alat tiruan/sokongan, bantuan terapi/rawatan serta lain-lain keperluan semasa buat warga OKU UiTM (tertakluk kepada jumlah baki terkumpul semasa):
Syarat Umum:
1. Warga OKU UiTM:
- Mahasiswa OKU (sepenuh masa dan separuh masa)
- Staf OKU (berstatus tetap / kontrak)
- Staf yang mempunyai tanggungan OKU (anak/pasangan/adik-beradik yang menetap sebumbung dan bergantung penuh kepada staf)
2. Mempunyai kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun sekiranya baru menjadi OKU, perlu mengemukakan laporan penuh perubatan.
3. Perlu berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM. ( Cara Daftar OKU UiTM)
Syarat dan Terma Khas:
Bil |
Perkara |
Jumlah Maksimum Peruntukan(RM) |
Terma dan Syarat |
1. |
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dan lain-lain keperluan semasa |
1,000.00 |
Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh pengajian Syarat khas staf OKU dan staf mempunyai tanggungan OKU: Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh perkhidmatan |
2. |
Bantuan rawatan dan terapi |
1,000.00 |
Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh pengajian Syarat khas staf OKU dan staf mempunyai tanggungan OKU: Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh perkhidmatan |